Thursday, July 3, 2014

Info: Johor pon ada dialek ek?


Salam...

Hye guys! Macam mana anda hari ni? Sihat? Hopefully sihat hendaknya.. Amin..

So kali ni nak sembang pasal dialek. Dulu study kat Johor, tak perasan lah pulak yang Johor ni ada dialek sendiri.Ye aaa, duduk dalam kalangan geng sendiri. Huhu... Mana nak perasan.. Ye dak.. =_="
Seperasan aku orang utara, pantai timur je yg ada dialek sendiri. Haa campur dgn Somban nun haaa..

Sebelum ni,apa yang aku tahu cara cakap orang Johor dengan KL sama jek takda beza langsung.
dari percakapan ataupun sebutan suku kata tak da beza pun.
tapi bila aku form 4 aku baru perasan yang orang Johor dan orang KL ada sebutan words tersendiri.
terutamanya JOHOREAN ada style sebutan huruf diaorang tersendri.
stylekan kitaorang orang Johor ni? cehcehcehhh..

okay jom kita usha words yang orang Johor sebut berbeza dari orang KL.

#1 biasanya akan end up soalan dengan sebutan 'ek'
haha.. dengar cam pelik kan? biasanya kalau orang KL suka sebut ea atau eh di akhir soalan diaorang. tapi untuk orang johor diaorang lagi suka sebut ek. well, aku dulu pun suka sebut ek-ek ni. tapi agak-agak bila datang mood aku nak biar orang keliru dengan asal-usul aku, aku lagi suka sebut eh,huh or ea instead of ek. 

fake kan aku ek? eh salah pulak, fake kan aku huh? #lulz

#2 sinonim dengan sebutan PEARgang instead of PEgang
aku tak tahu nak cakap camana nak bagi korang paham. tapi kalau korang perasan orang Johor ni akan sebut pegang(bawa something) dengan sebutan PEARgang instead of PEgang. aku dulu memang suka sebut PEARgang. tapi after kene sakat dengan member-member aku sebab diaorang dengar cam pelik, langsung aku tukar sebutan aku kepada PEgang. tapi kadang-kadang keluar jugak lidah johor aku sebut PEARgang.
 well, mana tumpah kuah kalau tak ke nasi ye tak? erk, apa kaitan simpulan bahasa ni dengan situation aku sekarang. haha... sila abaikan.

kalau korang la kan, pelik sangat ke dengan sebutan PEARgang? seriously sebutan tu sangatlah unik, comel,style dan errr indah?

#3 certain words
contohnya GOBOK dan GEBOR. haha. please tutup mulut korang. tak ada lah pelik sangat dua benda alah ni. meh aku ajar meh sayang-sayangku sekalian ni. kalau korang nak tahu,GOBOK tu ALMARI BAJU dan GEBOR tu pulak adalah SELIMUT. haaaa. tak ada laa pelik mana kan? dulu aku pernah suruh member aku lipat gebor dia, tapi dia buat bodo je. tak lipat pun. then bila aku cakap yang gebor tu selimut baru dia paham. ceh, berlagak orang KL betol la dia ni. (haha.. :p)

CONCLUSION: punyai banyak kosa kata adalah penting dalam situasi ini.. ;)

Bangga sat jadi anak Johor. Hoho..


#4 sebut MUO instead of MUAR
haha.. taktau kenapa. maybe sebab abah aku sendiri ajar macam tu. SABAK AUR dipanggil SABAK AOR.
so, layankan je la. ye tak?


#5 suka sebut 'balik Johor' walaupun time tu diaorang memang berada kat negeri Johor
amacam. pening tak? haha. well, benda ni selalunya berlaku kat orang kampung aku. nak dispesifikkan atok aku sendiri. fyi, kampung aku kat MUAR,JOHOR dan rumah aku di JOHOR BAHRU. setiap kali kalau aku balik kampung, atok aku mesti tanya aku "duduk umah atok ni sampai bila? bila kamu balik johor?"

mula-mula aku macam tak paham kenapa atok aku harus menyama-tarafkan antara Muar dan Johor.eh tak maksud aku kenapa harus atok sebut balik Johor sedangkan rumah atok sendiri(Muar) memang dah kat Johor. sepatutnya atok patut tanya 'bila balik JB'. haha.. aku dah pernah cakap kat atok benda ni tapi still atok cakap sama jek takdak beza pon. haha. atok, atok comel betol la. rindu atok bila la nak balik kampung lagi ='))

 *****

so, tu je la kot yang aku perasan dialek orang Johor ni. kalau orang cakap bahasa menunjukkan bangsa. tapi kalau dialek menunjukkan apa ek? negeri masing-masing la kan? ye tak? kalau korang ada dialek tersendiri dan nak share, tinggalkanlah jejak kat ruangan komen bawah ni (^^,)v


Hate you, Cockroaches!


Salam...

Hello guys! :D Amacam puasa hari ni? Moga amalan kita diterima hendaknya, InshaAllah... amin.. :)

Hmmm.. Post kali ni aku nak story pasal lipas. Ya Allah, maafkan aku ya Allah kerana membenci makhluk ciptaanMu ini, tapi memang aku tersangatlah benci lipas. >:\

Benci sebab dia boleh memporak perandakan kehidupan aku.. Boleh terbalik kerusi kot bila tetiba dia muncul out of nowhere kt meja study korang.. And time tu korang tengah khusyuk study. Boleh bayangkan tak? (ugh, geli...!)

So here are the reasons why aku benci kat lipas:

#1 sebab dia haiwan perosak
betul apa kan. suka merosakkan mood orang yang riang ria menonton video Mat Luthfi gelak macam gila then tetiba out of nowhere lipas tu muncul kat atas laptop. ngeri tahu? kalau lah sesapa yang ada penyakit jantung, sure kene tahan kat ward.

#2 sebab dia kecik
dah nama pun kecik so lipas ni ada advantages dia yang tersendiri kan which is lari laju. hey janganlah dok membayangkan lari seperti atlet lumba lari 100meter tu. lari kat sini bermaksud merayap sepantas yang boleh. okay? aku memanglah sangat anti kat haiwan yang lari laju laju ni. baik baik aku ni yang tak pandai berzapin terus keluar bunga zapin aku nak elak dari lipas ni. tak lupa jugak, suara baby mintak susu langsung keluar sampai nak terkeluar anak tekak bila nampak haiwan ni.

#3 sebab dia tahu terbang
adakah korang tahu yang lipas boleh terbang? yaaa.. sayangku sekalian. lipas boleh terbang. scarrryyy huh? cuba bayangkan korang tengah sedap layan gambar Neelofa tetiba ada lipas sekor tengah senyum sengih kat bahu korang. apa reaksi korang? sure masing masing keluar jugak suara baby mintak susu macam aku. pertama sebab terperanjat. kedua sebab cuak tengok lipas boleh sengih kat korang. #lulz

tapi ni aku rasa hanya sesetengah lipas yang boleh terbang.ohhh... lipas pun ada banyak species eh? memang kene tanya cikgu sains aku balik ni.

#4 sebab lipas itu busuk
ya. lipas boleh mengeluarkan bau yang amat busuk sekali. hatta tahi kucing aku pun lagi wangi dari bau lipas ni. okay tak aku tipu je. haha... mana ada bau yang lagi busuk dari tahi kan. lainlaahh kalau korang gila pergi telan perfume nak bagi tahi wangi. hey, apa geli geli. cuba try test tengok la. hoho...sekarang tahi pon dah jadi patung buat peluk tahu. hebat tak hebat penangan tahi. LOL. okay. please stop about this shit things sabrina.

berbalik kat cerita aku tadi, yaaa lipas itu busuk. tak percaya? cuba kalau kau orang nampak lipas, amik sebiji majalah or buku or watsoeva penghempuk pun, hempuk lipas tu, kalau kau orang nak dapat real punya bau, pukul pakai botol plastik yang telah kosong. please pukul sampai lipas tu mati. yeah. sampai mati. biar padan muka lipas tu. heh. bisikan jahat lagi:please pukul sampai badan lipas tu hancusss... sampai terkeluar semua cecair urine segala... nahhh... time ni memang busuk tahap tak ingatlah... pergh.Pergh.PERGH. busuk.sumpah tak tipu.

well, aku cakap based on pengalaman aku. satu masa tu,entah ketua lipas mana entah dok rasuk konco konco lipas tu sampaikan  5ekor lipas masuk kat bilik aku. yeah guys. 5ekor bhai... please jangan cakap bilik aku kotor. walaupun aku rasa macam yaa.. tapi buat buat tak, bolehkan sayangku sekalian? HAHA...
dahla aku dan roommate aku pencinta lipas tak tegar. aku tahu roommate aku tak akan berani nak bunuh lipas tu. so berbekalkan keberanian aku yang seciput tu,memang last last aku yang dok bantai lipas tu sampai hancusss. *evil laugh*

#5 sebab peristiwa lampau
aicehhh lampau la sangatla kan. aku ingat lagi disebabkan lipas lah aku kene marah dengan mak aku pagi pagi buta. time tu aku baru 5tahun or 6tahun. tak ingat sangat. nak mandi nak pergi tadika. tengah mamai mamai kat depan pintu bilik air ni, tetiba ada seekor lipas dok merentas kat kaki aku. terkejut laaa aku kan dan otomatik suara baby mintak susu pun keluar. dan mak aku otomatik marah aku sebab bising takut adik aku yang 2 ekororang tu bangun. kalau korang lah kan, sapa yang patut dipersalahkan sekarang? aku ke atau encik lipas tu?or mak aku yang patut dipersalahkan sebab sanggup marah aku yang gila innocent time tu?  heh. memang aku akan ingatlah peristiwa ni sampai bila bila.

so, cukuplah kan 5sebab aku benci kat lipas. so lepas ni janganlah sesapa buat kerja gila dok sakat aku dengan lipas. memang putus kawan la lepas tu. okay sayang sayangku sekalian? aku tahu korang mesti tengah plan something nak sakat aku. cehh... dasar tak boleh bagitahu kelemahan aku langsung. heh. putus kawan ah cenggini.. (haha... :P)

#kthanksbai

Intro sikittt~

Salam.

Hello guys!
Pergh sekian lama tak berblogging.
Entah mana dapat ilham nak berblog balik pon taktau. Huhu..
Masuk kali ni dah empat blog aku buat. Tapi semua tak aktif. Haha (lame of me, -,-")
Hopefully, kali ni punya blog aktif la eh..

Disebabkan ni blog yg ke-4, that's why la link blog ntah hape-hape.
Princesswannabexoxo?
wat the... (muntah..) (hahaha..)
Memula nak buat princesswannabe tapi tk available pulak, caiyt! tu yg otomatik gediks mood turn  on and terus tambah xoxo. (yeah menjengkelkan I know that. :p)

So, selamat kembali ke dunia blogging ye wahai Sabrina.
*pat pat shoulder*

So, byee guys!
Selamat berkenalan and selamat menjalani ibadah puasa!

:DD


Toothless alahai comeyla kau ni.. memula nak namakan blog ni toothless. tapi nanti org ingatkan akutkde gigi pulak. (Haha..) <--lame