Hye guys! Macam mana anda hari ni? Sihat? Hopefully sihat hendaknya.. Amin..
So kali ni nak sembang pasal dialek. Dulu study kat Johor, tak perasan lah pulak yang Johor ni ada dialek sendiri.Ye aaa, duduk dalam kalangan geng sendiri. Huhu... Mana nak perasan.. Ye dak.. =_="
Seperasan aku orang utara, pantai timur je yg ada dialek sendiri. Haa campur dgn Somban nun haaa..
Sebelum ni,apa yang aku tahu cara cakap orang Johor dengan KL sama jek takda beza langsung.
dari percakapan ataupun sebutan suku kata tak da beza pun.
tapi bila aku form 4 aku baru perasan yang orang Johor dan orang KL ada sebutan words tersendiri.
terutamanya JOHOREAN ada style sebutan huruf diaorang tersendri.
stylekan kitaorang orang Johor ni? cehcehcehhh..
okay jom kita usha words yang orang Johor sebut berbeza dari orang KL.
#1 biasanya akan end up soalan dengan sebutan 'ek'
haha.. dengar cam pelik kan? biasanya kalau orang KL suka sebut ea atau eh di akhir soalan diaorang. tapi untuk orang johor diaorang lagi suka sebut ek. well, aku dulu pun suka sebut ek-ek ni. tapi agak-agak bila datang mood aku nak biar orang keliru dengan asal-usul aku, aku lagi suka sebut eh,huh or ea instead of ek. fake kan aku ek? eh salah pulak, fake kan aku huh? #lulz
#2 sinonim dengan sebutan PEARgang instead of PEgang
aku tak tahu nak cakap camana nak bagi korang paham. tapi kalau korang perasan orang Johor ni akan sebut pegang(bawa something) dengan sebutan PEARgang instead of PEgang. aku dulu memang suka sebut PEARgang. tapi after kene sakat dengan member-member aku sebab diaorang dengar cam pelik, langsung aku tukar sebutan aku kepada PEgang. tapi kadang-kadang keluar jugak lidah johor aku sebut PEARgang.well, mana tumpah kuah kalau tak ke nasi ye tak? erk, apa kaitan simpulan bahasa ni dengan situation aku sekarang. haha... sila abaikan.
kalau korang la kan, pelik sangat ke dengan sebutan PEARgang? seriously sebutan tu sangatlah unik, comel,style dan errr indah?
#3 certain words
contohnya GOBOK dan GEBOR. haha. please tutup mulut korang. tak ada lah pelik sangat dua benda alah ni. meh aku ajar meh sayang-sayangku sekalian ni. kalau korang nak tahu,GOBOK tu ALMARI BAJU dan GEBOR tu pulak adalah SELIMUT. haaaa. tak ada laa pelik mana kan? dulu aku pernah suruh member aku lipat gebor dia, tapi dia buat bodo je. tak lipat pun. then bila aku cakap yang gebor tu selimut baru dia paham. ceh, berlagak orang KL betol la dia ni. (haha.. :p)CONCLUSION: punyai banyak kosa kata adalah penting dalam situasi ini.. ;)
![]() |
Bangga sat jadi anak Johor. Hoho.. |
#4 sebut MUO instead of MUAR
haha.. taktau kenapa. maybe sebab abah aku sendiri ajar macam tu. SABAK AUR dipanggil SABAK AOR.so, layankan je la. ye tak?
#5 suka sebut 'balik Johor' walaupun time tu diaorang memang berada kat negeri Johor
amacam. pening tak? haha. well, benda ni selalunya berlaku kat orang kampung aku. nak dispesifikkan atok aku sendiri. fyi, kampung aku kat MUAR,JOHOR dan rumah aku di JOHOR BAHRU. setiap kali kalau aku balik kampung, atok aku mesti tanya aku "duduk umah atok ni sampai bila? bila kamu balik johor?"mula-mula aku macam tak paham kenapa atok aku harus menyama-tarafkan antara Muar dan Johor.eh tak maksud aku kenapa harus atok sebut balik Johor sedangkan rumah atok sendiri(Muar) memang dah kat Johor. sepatutnya atok patut tanya 'bila balik JB'. haha.. aku dah pernah cakap kat atok benda ni tapi still atok cakap sama jek takdak beza pon. haha. atok, atok comel betol la. rindu atok bila la nak balik kampung lagi ='))
*****
so, tu je la kot yang aku perasan dialek orang Johor ni. kalau orang cakap bahasa menunjukkan bangsa. tapi kalau dialek menunjukkan apa ek? negeri masing-masing la kan? ye tak? kalau korang ada dialek tersendiri dan nak share, tinggalkanlah jejak kat ruangan komen bawah ni (^^,)v
No comments:
Post a Comment