Salam...
Hello guys! :D Amacam puasa hari ni? Moga amalan kita diterima hendaknya, InshaAllah... amin.. :)
Hmmm.. Post kali ni aku nak story pasal lipas. Ya Allah, maafkan aku ya Allah kerana membenci makhluk ciptaanMu ini, tapi memang aku tersangatlah benci lipas. >:\
Benci sebab dia boleh memporak perandakan kehidupan aku.. Boleh terbalik kerusi kot bila tetiba dia muncul out of nowhere kt meja study korang.. And time tu korang tengah khusyuk study. Boleh bayangkan tak? (ugh, geli...!)
So here are the reasons why aku benci kat lipas:
#1 sebab dia haiwan perosak
betul apa kan. suka merosakkan mood orang yang riang ria menonton video Mat Luthfi gelak macam gila then tetiba out of nowhere lipas tu muncul kat atas laptop. ngeri tahu? kalau lah sesapa yang ada penyakit jantung, sure kene tahan kat ward.
#2 sebab dia kecik
dah nama pun kecik so lipas ni ada advantages dia yang tersendiri kan which is lari laju. hey janganlah dok membayangkan lari seperti atlet lumba lari 100meter tu. lari kat sini bermaksud merayap sepantas yang boleh. okay? aku memanglah sangat anti kat haiwan yang lari laju laju ni. baik baik aku ni yang tak pandai berzapin terus keluar bunga zapin aku nak elak dari lipas ni. tak lupa jugak, suara baby mintak susu langsung keluar sampai nak terkeluar anak tekak bila nampak haiwan ni.
#3 sebab dia tahu terbang
adakah korang tahu yang lipas boleh terbang? yaaa.. sayangku sekalian. lipas boleh terbang. scarrryyy huh? cuba bayangkan korang tengah sedap layan gambar Neelofa tetiba ada lipas sekor tengah senyum sengih kat bahu korang. apa reaksi korang? sure masing masing keluar jugak suara baby mintak susu macam aku. pertama sebab terperanjat. kedua sebab cuak tengok lipas boleh sengih kat korang. #lulz
tapi ni aku rasa hanya sesetengah lipas yang boleh terbang.ohhh... lipas pun ada banyak species eh? memang kene tanya cikgu sains aku balik ni.
#4 sebab lipas itu busuk
ya. lipas boleh mengeluarkan bau yang amat busuk sekali. hatta tahi kucing aku pun lagi wangi dari bau lipas ni. okay tak aku tipu je. haha... mana ada bau yang lagi busuk dari tahi kan. lainlaahh kalau korang gila pergi telan perfume nak bagi tahi wangi. hey, apa geli geli. cuba try test tengok la. hoho...sekarang tahi pon dah jadi patung buat peluk tahu. hebat tak hebat penangan tahi. LOL. okay. please stop about this shit things sabrina.
berbalik kat cerita aku tadi, yaaa lipas itu busuk. tak percaya? cuba kalau kau orang nampak lipas, amik sebiji majalah or buku or watsoeva penghempuk pun, hempuk lipas tu, kalau kau orang nak dapat real punya bau, pukul pakai botol plastik yang telah kosong. please pukul sampai lipas tu mati. yeah. sampai mati. biar padan muka lipas tu. heh. bisikan jahat lagi:please pukul sampai badan lipas tu hancusss... sampai terkeluar semua cecair urine segala... nahhh... time ni memang busuk tahap tak ingatlah... pergh.Pergh.PERGH. busuk.sumpah tak tipu.
well, aku cakap based on pengalaman aku. satu masa tu,entah ketua lipas mana entah dok rasuk konco konco lipas tu sampaikan 5ekor lipas masuk kat bilik aku. yeah guys. 5ekor bhai... please jangan cakap bilik aku kotor. walaupun aku rasa macam yaa.. tapi buat buat tak, bolehkan sayangku sekalian? HAHA...
dahla aku dan roommate aku pencinta lipas tak tegar. aku tahu roommate aku tak akan berani nak bunuh lipas tu. so berbekalkan keberanian aku yang seciput tu,memang last last aku yang dok bantai lipas tu sampai hancusss. *evil laugh*
#5 sebab peristiwa lampau
aicehhh lampau la sangatla kan. aku ingat lagi disebabkan lipas lah aku kene marah dengan mak aku pagi pagi buta. time tu aku baru 5tahun or 6tahun. tak ingat sangat. nak mandi nak pergi tadika. tengah mamai mamai kat depan pintu bilik air ni, tetiba ada seekor lipas dok merentas kat kaki aku. terkejut laaa aku kan dan otomatik suara baby mintak susu pun keluar. dan mak aku otomatik marah aku sebab bising takut adik aku yang 2
so, cukuplah kan 5sebab aku benci kat lipas. so lepas ni janganlah sesapa buat kerja gila dok sakat aku dengan lipas. memang putus kawan la lepas tu. okay sayang sayangku sekalian? aku tahu korang mesti tengah plan something nak sakat aku. cehh... dasar tak boleh bagitahu kelemahan aku langsung. heh. putus kawan ah cenggini.. (haha... :P)
#kthanksbai
No comments:
Post a Comment